the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gas ammonia bocor, dua pekerja kilang sesak nafas

IPOH: Dua pekerja kilang mengalami sesak nafas akibat kebocoran gas ammonia di sebuah kilang membuat ais di Simpang Pulai di sini hari ini.

Pegawai Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Akmar Hisham Basor berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada 5.11 pagi.

“Pegawai serta anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai serta Pasir Putih digegaskan lokasi kejadian.

“Penyelia kilang melaporkan paip saluran gas ammonia mengalami kebocoran dan bau daripada bahan itu dapat dihidu dari jarak kira-kira 30 hingga 90 meter,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang merupakan lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 33 tahun yang bekerja di kilang bersebelahan, dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 8.40 pagi dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata pasukan bomba membuat penelitian dan memasang ‘water curtain’ lalu memasuki kawasan terlibat bagi menutup kebocoran pada bahagian tangki dan operasi terkawal pada 10 pagi.

“Pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan tiada risiko di lokasi berkenaan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings