• 2025-10-11 10:25 PM

MANILA: Satu gempa bumi dengan magnitud 5.8 telah melanda Manay di Davao Oriental, Filipina pada pukul 6.27 petang waktu tempatan hari Sabtu.

Gegaran ini berlaku hanya sehari selepas dua gempa bumi yang lebih kuat menggegarkan kawasan yang sama.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) melaporkan bahawa gempa tersebut berpusat pada kedalaman 10 kilometer.

Keamatan 3 telah direkodkan di Bandar Mati dan Sta. Maria di Davao Occidental.

Nabunturan di Davao de Oro dan Malungon di Sarangani juga mengalami keamatan 3.

Sementara itu keamatan 2 dilaporkan di Bandar Digos, Davao del Sur.

Kawasan Alabel dan Kiamba di Sarangani turut merasai gegaran pada keamatan 2.

Tupi di South Cotabato dan Palimbang di Sultan Kudarat juga mengalami keamatan yang sama. – Bernama-PNA