KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.4 pada skala Richter berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia, awal pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada 6.12 pagi dengan koordinat 0.2 darjah selatan dan 126.1 darjah timur, pada kedalaman 114 kilometer.
“Lokasi gempa adalah 177 kilometer barat laut dari Rantau Barat Papua, Indonesia. Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia dan saluran media sosial agensi berkenaan- BERNAMA