the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir 90 peratus punca kemalangan jalan raya di Pahang disebabkan kecuaian – Polis

KUANTAN: Hampir 90 peratus punca kemalangan jalan raya di Pahang disebabkan faktor kecuaian pemandu dan penunggang motosikal, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh @ Mohd Daud.

Beliau berkata data itu diperoleh pihaknya apabila melakukan kaji selidik selepas kemalangan yang menunjukkan faktor cuai misalnya sikap gopoh dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas antaranya memotong di garisan berkembar dan selekoh yang menyumbang kemalangan jalan raya.

“Kebanyakan penunggang motosikal mereka didapati menunggang laju kemudian keluar masuk simpang serta menukar arah lorong tanpa mengambil kira keberadaan kenderaan lain,“ katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Selain itu, Kamarulzaman yang berpengalaman dalam bahagian trafik selama 26 tahun berkata bahawa faktor cuaca dan keadaan permukaan jalan yang beralun turut menyumbang kepada kemalangan jalan raya di negeri ini.

“Pahang negeri yang luas dan keadaan bentuk muka buminya yang kebanyakan berbukit antaranya di Bentong, Cameron Highlands, Raub, Kuala Lipis malah kita di Pantai Timur kerap menerima hujan dan dalam keadaan hujan lebat sekalipun, terdapat pengguna masih memandu laju,“ jelasnya.

Selain itu, beliau memaklumkan jumlah kemalangan jalan raya di Pahang pada 2023 mencatatkan peningkatan 4.8 peratus kepada 23,591 kes berbanding 22,511 kes tahun sebelumnya, dengan Kuantan merekodkan kes tertinggi diikuti Bentong, Temerloh, Maran dan Rompin.

Menurut Kamarulzaman, kemalangan jalan raya di Pahang turut meragut nyawa 492 individu pada tahun lepas berbanding 447 individu pada 2022, iaitu meningkat sebanyak 10.1 peratus.

Katanya kemalangan melibatkan kereta mencatatkan angka sebanyak 16,989 kes manakala motosikal 3,355 kes dengan selebihnya melibatkan lain-lain kenderaan.

Beliau berkata antara kawasan hotspot kemalangan dikenal pasti antaranya di laluan bypass di Kuantan, Rompin ke Muadzam Shah, Rompin ke Pekan, Kuala Lumpur-Karak dan Kuala Lipis.

Dalam usaha membendung kemalangan jalan raya, beliau berkata pihaknya menjalankan pelbagai operasi penguatkuasaan dan sepanjang tahun lepas sebanyak 153,369 notis saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Selain itu, polis Pahang turut melaksanakan 154 kempen pendidikan keselamatan jalan raya melibatkan pelbagai lapisan masyarakat antaranya di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, agensi kerajaan serta syarikat swasta.

Sementara itu, beliau memaklumkan lebih RM5 juta kutipan kompaun dan bayaran denda mahkamah berkaitan kesalahan trafik telah diperoleh pada tahun lepas.

Kamarulzaman yang mengucapkan akan selamat tinggal kepada pasukan Sang Saka Biru pada 27 Jan ini selepas 38 tahun menabur bakti, turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan antaranya jangan terburu-buru ketika berada persimpangan lampu isyarat dan laluan berselekoh.

Katanya bukan sahaja pendidikan formal, malah pendedahan mengenai keselamatan di jalan raya juga perlu bermula di rumah dengan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak.

“Ibu bapa nasihatkan anak-anak supaya mereka sentiasa pakai topi keledar, mereka ambil mudah sebab nak pergi dekat tak pakai topi keledar, malang tidak berbau dan daripada data kita ada kes maut penunggang dan pembonceng motosikal kebanyakan kerana kecederaan di bahagian kepala.

“Selain itu, di kawasan luar bandar juga masih ramai ibu bapa membenarkan anak-anak di bawah umur yang belum layak ambil lesen menunggang motosikal, justeru ibu bapa perlu memainkan peranan penting kerana jika berlaku perkara tidak diingini mereka sendiri perlu tanggung kesedihan dan kerugian,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings