KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menasihatkan orang ramai supaya tidak panik apabila melihat helikopter jabatan itu terbang rendah atau berlegar-legar di daerah Putatan dan kawasan sekitarnya.

JBPM Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan ini kerana jabatan itu sedang melaksana siri latihan selama tiga hari melibatkan helikopter bermula esok hingga Khamis ini (25 Julai).

“Siri latihan diadakan bersempena Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Putatan dijadual pada Khamis ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi JBPM Negeri Sabah di talian 088-422873 atau 088-422871 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.