the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Inspektor Sheila bebas tuduhan aib peguam

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis wanita dikenali ramai sebagai ‘Inspektor Sheila’ dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari in atas ertuduhan mengaibkan kehormatan seorang peguam lelaki, tahun lepas.

Peguam M. Manoharan, mewakili Sheila Sharon Steven Kumar, 36, berkata Majistret Nur Hafizah Rajuni membebaskan anak guamnya selepas mangsa yang juga saksi pendakwaan pertama, P. Taneswaran, 41, memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau tidak mahu meneruskan kes tersebut.

“Saksi itu memaklumkan perkara tersebut semasa memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes, hari ini,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Prosiding itu turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Azmal.

Pegawai polis wanita itu didakwa menghina kesopanan Taneswaran dengan berkata: “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu,” di No. 8, Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini, pada pukul 1 tengah hari, 15 Jun 2023.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Sheila masih berdepan dua lagi kes iaitu menyebut pangkat lans koperal dengan cara yang tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya di lokasi dan tarikh yang sama, pada pukul 1.25 tengah hari, 15 Jun tahun lepas.

Dia juga didakwa mengugut seorang warga emas, M. Silverkoomarie, 70, dengan niat mendatangkan kegentaran kepada mangsa pada pukul 12 tengah hari di tempat dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings