Your Title

KAJANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melupuskan pelbagai barangan kes bernilai RM1.87 juta di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pelupusan barangan kes berkenaan membabitkan 313 kertas siasatan jenayah, termasuk 38 jenayah komersial yang telah diselesaikan di mahkamah.

“Pelaksanaan pelupusan ini dibuat mengikut Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah, setelah mendapat arahan pelupusan daripada pihak pendakwa raya dan mahkamah.

“Barangan yang dilupuskan antaranya rokok dan minuman keras tidak bercukai, mesin judi, mesin bitcoin, komputer, telefon bimbit dan cakera padat bagi kes dari 2019 hingga 2024,” katanya ketika berucap pada majlis pelupusan barang kes berkenaan.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Wan Kamarul Azran Wan Yusof, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor Datuk Saiman Kasran dan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.