Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berikutan isteri Premier Sarawak itu, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi tadi- BERNAMA
KUCHING: Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini.
Berita mengenai kematian Juma’ani disampaikan menerusi hantaran WhatsApp oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal-Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komuniasi Awam Sarawak - UKAS) Datuk Abdullah Saidol.
Abdullah berkata penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada 10 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya di sini.
Juma’ani merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.
Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki Abang Abdillah Izzarim, 45, dan anak perempuan Dayang Norjihan, 43.