the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu perundangan dalam kes Na’imah tidak terjawab susulan keputusan Mahkamah Sesyen – Pembelaan

KUALA LUMPUR: Pembelaan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa keputusan mahkamah rendah menolak permohonan beliau untuk merujuk lapan persoalan undang-undang telah menafikan hak asasinya dan menyebabkan isu perundangan yang menjadi inti pati kes itu tidak terjawab.

Pada 29 Feb tahun lepas, Na’imah memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang itu kepada Mahkamah Tinggi yang membabitkan Seksyen 30(5), 36(2) dan 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta Seksyen 32(3)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, yang mewakili Na’imah, berhujah susulan salah tafsir perundangan mengenai permohonan untuk merujuk persoalan membabitkan isu Perlembagaan di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Mahkamah Sesyen bukan sahaja menafikan pemohon tentang kedudukan beliau di sisi undang-undang tetapi juga menyebabkan berlakunya ketidakadilan.

“Kesilapan ini perlu diperbetul untuk menegakkan integriti proses kehakiman dan memastikan hak pemohon dihormati sepenuhnya,“ kata beliau.

Gurdial berkata demikian pada prosiding pendengaran permohonan Na’imah untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan beliau bagi merujuk persoalan undang-undang dalam kes aset yang tidak diisytihar di hadapan Hakim K. Muniandy hari ini.

Peguam itu berkata Na’imah telah diminta membantu siasatan terhadap suaminya yang telah meninggal dunia (Tun Daim Zainuddin) dalam kapasiti sebagai saksi dan pada setiap masa, beliau tidak pernah menjadi suspek.

“Na’imah mematuhi notis di bawah Seksyen 36(1)(b) yang memerlukannya mendedahkan maklumat mengenai aset terbabit sebaik mungkin dan beliau telah membuat kenyataan secara bersumpah.

“SPRM berpendapat pematuhan beliau tidak memadai dan mungkin sebagai tindakan balas, telah memulakan pertuduhan ini terhadap anak guam saya,“ katanya sambil menambah bahawa hanya disebabkan perkara itu, Na’imah yang pada mulanya hanya seorang saksi kini berdepan pertuduhan jenayah yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000.

Muniandy kemudian menetapkan 11 Julai ini untuk kedua-dua pihak meneruskan hujahan.

Pada 23 Jan 2024, Na’imah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan gagal mematuhi notis untuk mengisytiharkan aset beliau termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah lain di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pada 29 Feb 2024, Na’imah memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan berkaitan Seksyen 30(5), 36(2) dan 62 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 32(3)(b) AMLA 2001 kepada Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pada 18 Feb lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menolak permohonan Na’imah atas alasan ia tiada merit kerana tiada isu perlembagaan yang dibangkitkan dalam kes tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings