KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat taufan ‘Man-Yi’ yang bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/jam) dan kelajuan angin maksimum 120km/j.
Dalam kenyataan hari ini METMalaysia berkata kedudukan taufan itu pada latitud 18.1 Utara dan longitud 118.3 Timur, kira-kira 229 km ke Barat laut Vigan City, Filipina, dan jarak 1,257 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.
METMalaysia menjangka taufan itu tidak memberi kesan signifikan di Malaysia.