the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKDM jumpai ganja bernilai RM1.5 juta dalam bagasi di LTAPP

BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menemukan 29 bungkusan daun ganja dalam sebuah bagasi yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 4 Mac lepas.

Pengarah JDKM negeri Rohaizad Ali berkata bagasi tersebut yang tidak mempunyai sebarang pengenalan ditemukan di Karusel Bagasi A oleh pegawai operasi Pejabat Kastam Cawangan Pemeriksaan Penumpang (CPP) LTAPP.

“Pemeriksaan terhadap bagasi tersebut menemukan 29 bungkusan plastik lut sinar mengandungi tumbuhan kering disyaki bunga ganja dianggarkan seberat 16,210 gram, dengan nilai pasaran RM1.5 juta,” katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal di sini hari ini.

Dalam satu lagi kes berasingan pada 16 April lepas, Rohaizad berkata empat bungkusan tumbuhan kering disyaki bunga ganja seberat 2,236 gram bernilai RM219,128 ditemukan Unit Narkotik JKDM Pulau Pinang yang melakukan pemeriksaan terhadap parcel pos di Pos Mel Kurier (PMK) Pos Malaysia Berhad.

Beliau berkata semakan mendapati bungkusan tersebut diikrarkan mengandungi sembilan unit ‘Comic Book’ yang telah dieksport ke United Kingdom (UK) dan kembali ke Malaysia dengan status sebagai ‘Returned Parcel’.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings