the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor perkenal RPJ untuk bantu B40 miliki rumah

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor memperkenalkan inisiatif baharu dikenali sebagai Rumah Prihatin Johor (RPJ) bagi kumpulan B40 di luar bandar bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata inisiatif itu direka khusus untuk golongan B40 tidak tersenarai dalam eKasih, namun memerlukan sokongan pemilikan rumah mampu milik di tanah sendiri.

Beliau berkata RPJ berkeluasan 660 kaki persegi dan dilengkapi tiga bilik tidur serta dua bilik air berharga RM86,000 dengan kerajaan negeri memberi subsidi RM30,000 manakala baki RM56,000 dibayar peserta program.

“Antara syarat kelayakan RPJ adalah berumur 21 tahun ke atas, telah berkahwin dan pemohon serta pasangan mesti warganegara Malaysia selain pendapatan pemohon dan isi rumah tidak melebihi RM5,000.

“Pemohon dan pasangan juga tidak mempunyai pemilikan rumah atau menerima bantuan atau kelulusan bina rumah daripada pihak lain seperti Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), pejabat daerah, kementerian, Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM),” katanya.

Mohd Jafni berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Yusla Ismail (BN-Senggarang) mengenai bantuan perumahan khusus yang dibina atau dirancang pembinaannya untuk masyarakat luar bandar Johor pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Projek rintis program akan melibatkan masing-masing 10 unit rumah di Kluang dan Kulai pada tahun ini.

“Sekiranya projek rintis berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan, kerajaan negeri akan memperluas pelaksanaannya ke daerah lain, khususnya di kawasan DUN yang masih kurang pembangunan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ),” katanya.

Mohd Jafni berkata setakat ini kerajaan negeri telah menerima 20 permohonan dengan enam diluluskan di Felda Inas, Kulai.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings