the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah anggota PBB terkorban di semenanjung Gaza meningkat kepada 158

ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan jumlah kematian pekerjanya di Gaza akibat serangan udara Israel kini mencecah 158 orang, lapor Agensi Anadolu.

“Sehingga 15 Feb, jumlah rakan sekerja UNRWA yang terbunuh sejak permulaan perang kini seramai seramai 158, termasuk dua kematian terbaharu sejak kemas kini terakhir UNRWA.

“Kini hampir 1.5 juta orang berada di Rafah, lebih enam kali ganda penduduk berbanding sebelum 7 Okt,” menurut agensi itu dalam laporan pada Jumaat.

UNRWA berkata peningkatan serangan udara di bandar Rafah di selatan Gaza mencetuskan kebimbangan dari segi operasi kemanusiaan di situ.

Jumlah trak bantuan yang memasuki Gaza masih jauh di bawah sasaran 500 sehari, selain kesukaran untuk membawa bekalan melalui Karem Abu Salem (Kerem Shalom) dan Rafah.

Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak Oktober dan sejak itu, sekurang-kurangnya 28,775 orang terbunuh dan 68,552 yang lain cedera. Serangan itu turut merosakkan atau memusnahkan sebahagian besar infrastruktur dan menyebabkan kekurangan barangan keperluan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings