the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 89 orang

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 89 orang daripada 25 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 97 orang daripada 28 keluarga malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di daerah Kota Setar.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar, melebihi paras waspada iaitu 1.77 meter (m).

Sementara itu di PERAK, jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai pada pagi ini, kekal dengan 34 mangsa daripada 10 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan semua mangsa merupakan penduduk Kampung Matang Tengah, yang telah dipindahkan ke PPS tersebut sejak 2 petang semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca di semua daerah di Perak akan mengalami ribut pada petang ini

Selain itu, JPS turut memaklumkan bahawa paras air Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang berada pada tahap amaran, dengan bacaan paras air setinggi 21.79 meter melebihi paras normal iaitu pada 21.41 meter.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings