KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal seperti direkodkan malam tadi dengan 6,009 orang daripada 1,952 keluarga masih berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 903 orang daripada 296 keluarga; SK Sri Rantau Panjang 2 (1,881 orang, 629 keluarga); SK Gual To’Deh (813 orang, 264 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa, 41 keluarga).

Sebanyak 210 orang daripada 55 keluarga berlindung di PPS Madrasah Tasek Bakong; Masjid Mukim Padang Licin (131 orang, 55 keluarga); SK Sri Kiambang (345 orang, 107 keluarga) dan SMK (A) Lati (84 orang, 22 keluarga).

Lima lagi PPS iaitu SK Chicha Tinggi merekodkan sejumlah 249 orang daripada 70 keluarga; SK Lati (223 orang, 62 keluarga); SMK Baroh Pial (710 orang, 260 keluarga); SK Gual Periok (269 orang, 79 keluarga) dan SK Kedai Tanjong (38 orang, 12 keluarga). - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image