the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah penderma darah di Negeri Sembilan tunjuk trend peningkatan

SEREMBAN: Jumlah penderma darah di negeri ini meningkat kepada hampir 17,000 orang setakat enam bulan pertama tahun ini berbanding kira-kira 15,000 individu dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zuraida Mohamed berkata peningkatan sebanyak 11 peratus itu menunjukkan kesedaran tinggi masyarakat terhadap kepentingan menderma darah.

Beliau berkata golongan muda berusia 20 hingga 40 tahun antara penderma tertinggi di negeri ini dan menyeru lebih ramai lagi penderma darah jenis A-, O- dan AB- tampil menderma secara berkala.

“Angka penderma dijangka mencecah 18,000 orang menjelang tahun hadapan. Kita berharap lebih ramai dapat menderma darah walaupun bekalan tabung darah di negeri ini mencukupi tetapi stok itu perlu berterusan.

“Jika ada negeri lain memerlukan bantuan bekalan darah, kita segera membantu menyelamatkan pesakit. Penderma darah adalah wira tanpa nama, pejuang tanpa balasan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Penderma Darah Sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2025 Peringkat Negeri di sini hari ini.

Dr Zuraida berkata masyarakat perlu memahami menderma darah bukanlah pilihan tetapi tanggungjawab sosial berterusan, lahir daripada rasa prihatin dan empati sesama insan.

Sementara itu, penerima Anugerah Penderma Darah Utuh Terbanyak (Platinum) Lelaki Mohd Noor Borhan, 56, berkata dia telah menderma darah sebanyak 136 kali sejak berusia 20 tahun.

“Alhamdulillah, menderma darah adalah amalan yang sangat baik. Saya dapat rasakan badan lebih sihat dan segar, sebab itulah saya akan menderma darah sekurang-kurangnya empat kali setahun,” kata bapa kepada empat cahaya mata itu.

Penerima Anugerah Penderma Darah Jarang Jumpa Komited Lelaki Mohd Saiful Sufri Aliman, 37, berkata dia telah menderma darah sebanyak lapan kali sejak berumur 18 tahun.

Pemilik darah jenis Rhesus (Rh) O negatif itu berkata dia pernah mendapat panggilan daripada pihak hospital dua kali pada tahun ini bagi membantu pesakit memerlukan.

“Disebabkan saya memang sudah ada rekod menderma darah, jadi bantuan ketika kecemasan itu adalah biasa, kadang-kadang pihak hospital telefon minta bantuan darah bagi membantu pesakit yang kehilangan darah sewaktu pembedahan, jadi saya segera ke hospital membantu apa yang sepatutnya.

“Ini merupakan tanggungjawab sosial yang perlu kita lakukan, darah jenis ini sukar diperoleh, jadi kalau ada yang memerlukan saya akan bantu sebaiknya,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings