• 2025-06-25 08:40 AM

SEREMBAN: Seorang juruterbang wanita mengalami kerugian sebanyak RM194,970 selepas menjadi mangsa penipuan pakej haji palsu. Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdul Malik Hasim, memaklumkan mangsa berusia 30-an itu telah membuat laporan di Balai Polis Nilai pagi ini.

Menurut laporan, mangsa yang bekerja dengan syarikat penerbangan tempatan telah berurusan dengan seorang individu dari agensi pelancongan umrah pada 14 Januari lalu. Individu tersebut menawarkan pakej haji, dan mangsa membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM194,970 ke akaun agensi berkenaan sebagai bayaran penuh.

“Mangsa menyedari ditipu pada 15 Mac lalu apabila mendapati agensi tersebut sudah tidak beroperasi dan dia tidak dapat menunaikan haji seperti dijanjikan,“ kata Abdul Malik dalam kenyataan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan, dan usaha untuk menjejaki suspek sedang dijalankan.