KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM27.50 bilion daripada RM27.99 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM25.89 bilion daripada RM24.16 bilion sebelumnya.
Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik serta tender repo berbalik Islam.
Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, satu dan tiga bulan.
BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM24.6 bilion kepada RM25.9 bilion.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM27.50 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM25.90 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 9 Jun 2025.