• 2025-06-23 06:05 PM

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini dipercayai akibat didera.

Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu kira-kira 10.15 pagi tadi, selepas doktor yang merawat kanak-kanak tersebut memaklumkan mangsa meninggal dunia pada 9.45 pagi.

“Doktor berkenaan sebelum itu menerima seorang pesakit kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dihantar oleh bapa tiri mangsa ke hospital berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pesakit patah kaki dan terdapat kesan lebam di bahagian kepala serta badan disyaki akibat didera,” katanya dalam kenyataan.