Your Title

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas didakwa tersepit di celah besi meja lipat di rumahnya di Taman Seri Putera di sini, semalam.

Mangsa yang berusia enam tahun itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Parit Buntar, Perak.

Kejadian berlaku sekitar 4.15 petang, semasa kanak-kanak itu dikatakan bermain seorang diri di bahagian belakang kediaman itu, manakala ibu dan adik-beradik mangsa berada dalam rumah.

Ibu mangsa didakwa meminta bantuan jiran untuk membawanya ke hospital selepas menyedari kejadian tersebut.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.