the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta

KANGAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis menyita empat kenderaan termasuk sebuah kereta mewah yang dipercayai tidak berkastam dan berada melebihi tempoh 90 hari di Tanah Semenanjung bagi kereta yang didaftarkan di Pulau Bebas Cukai iaitu Langkawi, keseluruhannya dianggarkan bernilai RM1,625,000.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.

“Sitaan ini melibatkan dua kereta jenis Honda City manakala dua kereta masing-masing jenis Nissan Sylphy dan kereta mewah jenis Bentley Bentegya Speed. Sebuah kereta Honda City dan Nissan Sylphy bernombor pendaftaran Thailand didapati tamat tempoh Permit Pengedaran Antarabangsa.

“Sebuah lagi Honda City dan kereta mewah itu yang didaftarkan di Pulau Bebas Cukai didapati berada lebih 90 hari di Tanah Semenanjung,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kes kereta tidak berkastam akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 manakala untuk kes berada melebihi 90 hari di Tanah Semenanjung disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) akta sama yang dibaca bersama Butiran 14, Bahagian 1, Jadual, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.

Ismail berkata Kastam turut merampas pelbagai jenis minuman keras disyaki tidak berkastam yang dianggarkan bernilai RM11,380.14 dan cukai RM4,978.41 ketika memeriksa sebuah kereta di Kuala Perlis pada 15 Julai lepas.

“Selain itu, Kastam merampas produk dagangan runcit yang tidak diikrar iaitu teh hijau bersusu, teh Thailand bersusu, gula kabung dan so fresh food yang dimuatkan dalam sebuah lori dengan jumlah berat 1,216 kilogram anggaran nilai RM18,320 serta melibatkan cukai sebanyak RM1,832 pada 1 Julai lepas,“ katanya.

Beliau berkata turut dirampas 116 kilogram minyak masak paket bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup keluar dan dijual di Kemboja bernilai RM290 di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan Padang Besar pada 24 Julai lepas.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa bungkusan minyak masak pelbagai jenama disorok di dalam bagasi dan tong cat yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang belakang serta bonet kenderaan. Kesemua bungkusan tertulis minyak masak untuk kegunaan domestik dalam negara sahaja,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hotel in Bugis Singapore: Where to stay for culture, dining and heritage

For travellers searching for a luxury hotel in Bugis Singapore, Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore offers a refined base for culture, dining and heritage discovery. Set in the vibrant Bugis and Bras Basah district, the hotel places guests close to Arab Street, Kampong Glam and Marina Bay while delivering unparalleled luxury and essential city connections.

From race circuit to global supply chains: DHL powers Formula E’s boldest season yet...

As the ABB FIA Formula E World Championship returns to Shanghai for the 2025/2026 Season, the world's premier all-electric racing Championship accelerates into its most ambitious chapter yet with a record 17 races across 11 global cities, including new circuits in Madrid and Miami.

China Hong Kong Motorsports Centre launches HK Youth Karting Championship 2026

China Hong Kong Motorsports Centre ("CHKMC") is pleased to announce the launch of HK Youth Karting Championship 2026, a new karting championship scheduled to take place on 15 (Sat) – 16 (Sun) August 2026 at Guangzhou Conghua International Circuit.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings