the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KEDA ambil inisiatif bantu pelajar lemah akademik ceburi bidang TVET

SUNGAI PETANI: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mengambil inisiatif bagi membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang kurang cemerlang dalam akademik untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengurus Besar KEDA Ismasuhaimi Shariff berkata KEDA berbangga dengan pencapaian cemerlang yang diraih pelajar-pelajar, namun dalam masa sama tidak mahu pelajar yang memperoleh keputusan yang kurang memberangsangkan dalam SPM ketinggalan.

“Kita ambil inisiatif untuk membuka peluang kepada mereka yang lemah dalam akademik menceburi bidang TVET atau kemahiran.

“TVET adalah salah satu pilihan untuk mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih baik untuk mereka apabila memasuki alam pekerjaan kelak,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik SPM 2023 Anak-Anak Desa KEDA di Sungai Pasir, di sini hari ini.

Menurut beliau, strategi serampang dua mata yang dilaksanakan KEDA itu bukan hanya memberi tumpuan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik sebaliknya turut membantu mereka yang lemah dalam akademik yang mempunyai minat dalam bidang kemahiran.

“Kita akan asuh mereka ikut minat masing-masing…itu fokus KEDA demi masa depan anak-anak luar bandar dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

“Kita akan cari dan bimbing mereka buat pilihan yang tepat…SPM adalah permulaan kepada perjalanan hidup dan permintaan terhadap tenaga kerja mahir sangat tinggi,“ katanya.

Sementara itu, seramai 25 anak-anak Desa KEDA yang memperoleh keputusan cemerlang SPM 2023 diraikan pada majlis tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismasuhaimi berkata KEDA dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNK) akan melaksanakan program Tuisyen Pintar@KEDA dan 100 Permata Negeri Kedah dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM450,000.

“Program Tuisyen Pintar@KEDA melibatkan 113 buah sekolah di seluruh Kedah melalui peruntukan Program Pemerkasaan Generasi Pewaris (GEN).

“KEDA menjadi agensi yang menyokong kepada JPN dalam memperkasa generasi Pewaris bagi melahirkan 100 pelajar cemerlang mendapat A dalam semua mata pelajaran,“ katanya.

Melalui Program 100 Permata Negeri Kedah itu, JPNK akan mengenal pasti 100 pelajar tingkatan 3 yang berpotensi bagi tahun 2024 untuk dibimbing dan dipantau prestasi secara khusus dengan siri latihan dan kelas agar mereka boleh menjadi pencetak kejayaan negeri ini untuk SPM 2026, tambah beliau.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

A Decade of Sharing the Flavors of China: ‘Chinese Restaurant’ Stays True to Its...

CHANGSHA, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - Carrying the warmth of everyday life and the richness of Chinese civilization, Chinese Restaurant embarks on a new chapter as it celebrates its 10th anniversary.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings