the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kedutaan China bantu penduduk terjejas banjir di Kelantan, Terengganu

TUMPAT: Kedutaan China di Malaysia di bawah pimpinan Duta Ouyang Yujing mengulangi komitmennya untuk membantu rakyat Malaysia dengan menyediakan bantuan kepada penduduk di Kelantan dan Terengganu yang terjejas akibat banjir.

Ouyang berkata pihak kedutaan memantau rapat keadaan dan aktif menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata komitmen untuk membantu rakyat yang memerlukan, khususnya komuniti Muslim dilaksanakan melalui lawatan ke lokasi terjejas selain agihan sumbangan dan bekalan makanan semasa Ramadan.

“Pada lawatan ke Kelantan kali ini, kami memberikan tanggungjawab kepada Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan untuk mendapatkan barangan keperluan bagi disalurkan kepada keluarga yang terkesan akibat banjir. Inisiatif ini sebagai lambang hubungan erat dan keprihatinan kerajaan China,” kata beliau.

“Banjir yang melanda Kelantan, Terengganu dan beberapa kawasan lain sejak penghujung tahun lepas telah menjejaskan kehidupan puluhan ribu penduduk,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir di Surau Biru, Kampung Pulau Gorek di sini hari ini.

Ouyang berkata 300 keluarga di Kelantan yang terjejas telah menerima sumbangan berjumlah keseluruhan kira-kira RM50,000.

“Sumbangan yang disediakan pihak kedutaan dengan kerjasama PKMC dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan itu termasuk barangan keperluan seperti beras, air mineral, minyak masak, tepung dan keperluan asas lain.

“Bantuan itu mencerminkan solidariti dan hubungan rapat antara rakyat Malaysia dan China terutama ketika krisis kemanusiaan seperti banjir,” katanya.

Sementara itu, Ouyang berkata hubungan dua hala Malaysia dan China terus diperkukuh, khususnya melalui projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Projek ECRL itu satu projek infrastruktur penting dan sudah 76 peratus siap,“ katanya.

ECRL di Terengganu dan Kelantan dijangka siap penghujung tahun ini, setahun lebih awal berbanding jadual asal iaitu 2026–2027.

“Perkembangan itu sangat menggalakkan dan kerjasama antara pekerja China dan rakan sejawat di Malaysia juga sangat baik,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings