the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR: Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos pada Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung 11 Okt lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata keutamaan ini juga mengambil kira status Kuala Lumpur yang bukan sahaja berperanan sebagai pintu masuk utama negara, tetapi juga sebagai ibu negara dan pusat ekonomi serantau.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memikul tanggungjawab untuk memastikan keindahan dan kesejahteraan ibu kota terpelihara, terutamanya dalam persiapan bagi penganjuran Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kesiapsiagaan menghadapi banjir memerlukan pendekatan bersepadu yang melibatkan kerjasama bukan hanya daripada DBKL sebagai pihak berkuasa tempatan, tetapi juga agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi Malaysia, serta SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai tahap kesiapsiagaan Kuala Lumpur bagi menghadapi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, memandangkan isu banjir kilat masih belum diselesaikan sepenuhnya dan berpotensi menjejaskan imej serta persiapan negara untuk acara-acara berkenaan.

Bagi langkah jangka sederhana untuk menangani banjir kilat, Dr. Zaliha berkata DBKL sedang menyelenggara 15 kolam takungan banjir terbuka dan sembilan kolam tertutup bawah tanah

“Kerja-kerja pengorekan kelodak (desiltation) telah dijalankan di semua kolam takungan banjir mengikut keperluan semasa dan jadual berkala. Di samping itu, longkang tepi jalan juga telah dinaik taraf dengan memperbesar bukaan saluran bagi mengurangkan risiko banjir kilat,“ katanya.

Untuk langkah jangka panjang, beliau berkata sebanyak tujuh projek mitigasi banjir telah siap pada tahun 2022 dan 2023. Pada tahun ini, terdapat 14 projek yang sedang diusahakan, termasuk dua projek yang telah selesai, empat sedang dalam pelaksanaan, dan lapan di peringkat analisis tender.

Menjawab soalan tambahan Onn mengenai dakwaan kelewatan pasukan keselamatan tiba dalam insiden banjir kilat baru-baru ini, Dr. Zaliha menafikan dakwaan tersebut.

“Pada hari kejadian, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan hujan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berhenti sekitar 10.45 pagi. Dalam tempoh dua jam 15 minit itu, pasukan petugas dari Jabatan Pengairan dan Saliran serta DBKL sudah berada di lapangan untuk melencongkan laluan air dan membantu menyuraikan air,“ katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai persediaan negara dalam aspek ASEAN Smart Cities, Dr. Zaliha berkata pihaknya akan mempertingkatkan modul program bandar pintar sedia ada bagi tujuan tersebut.

“Dalam persediaan kita menghadapi Kepengerusian ASEAN, kita sudah mempunyai program bandar pintar di Kuala Lumpur dan akan menambah baik modul yang ada bagi memastikan aspek keselamatan serta kesesakan jalan raya turut diberi perhatian,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk menjadikan satu daripada bangunan warisan di ibu negara, iaitu Galeri Kuala Lumpur, sebagai Pusat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings