KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengenakan sebarang cukai perkhidmatan terhadap biasiswa, pinjaman pendidikan atau pengecualian yuran yang diterima oleh pelajar warganegara Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Beliau berkata semua biasiswa, pinjaman pendidikan dan pengecualian yuran sama ada di universiti, kolej, sekolah swasta atau sekolah antarabangsa adalah tidak termasuk dalam skop cukai perkhidmatan.
Lim berkata bermula 1 Julai 2025, skop cukai perkhidmatan dalam sektor pendidikan adalah sangat terhad iaitu hanya melibatkan sekolah rendah dan menengah swasta bagi yuran melebihi RM60,000 setahun bagi setiap pelajar serta pendidikan tinggi bagi pelajar bukan warganegara Malaysia.
“Ini bermakna, majoriti besar keluarga dan pelajar tidak akan terkesan sama sekali. Sebagai contoh, daripada 569 sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan di seluruh negara, hanya 27 sekolah mengenakan yuran melebihi RM60,000 setahun yang akan terlibat dalam cukai ini.
“Langkah ini adalah pendekatan bersasar kerajaan untuk mengembangkan asas cukai, pada masa sama memastikan peluang pendidikan untuk rakyat Malaysia terus terjamin, tanpa membebankan ibu bapa dan pelajar,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Tanjung itu mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Mah Hang Soon di Instagram parti berkenaan berhubung pelaksanaan cukai perkhidmatan dalam sektor pendidikan.
Menerusi hantaran itu, Mah mempersoalkan keputusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan enam peratus ke atas biasiswa, dermasiswa serta pengecualian yuran di institusi pendiddikan swasta dan antarabangsa yang disifatkan tidak wajar dan adil.
Sehubungan itu, Lim menyeru orang ramai agar tidak terperdaya dengan kenyataan tidak benar dan hanya mendapatkan pengesahan melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan atau Jabatan Kastam Diraja Malaysia sekiranya terdapat sebarang keraguan.
“Sebagai Timbalan Menteri Kewangan, saya sentiasa berpegang pada prinsip ‘rakyat didahulukan’ dan memastikan setiap dasar yang dilaksanakan meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan,” katanya - BERNAMA
Kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengenakan sebarang cukai perkhidmatan terhadap biasiswa, pinjaman pendidikan atau pengecualian yuran yang diterima oleh pelajar warganegara Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan semua bentuk biasiswa, pinjaman pendidikan dan pengecualian yuran di pelbagai institusi pendidikan adalah tidak termasuk dalam skop cukai perkhidmatan.
Beliau menjelaskan mulai 1 Julai 2025, skop cukai perkhidmatan dalam sektor pendidikan adalah sangat terhad dan hanya melibatkan sekolah rendah dan menengah swasta dengan yuran melebihi RM60,000 setahun serta pendidikan tinggi untuk pelajar bukan warganegara.
“Ini bermakna majoriti besar keluarga dan pelajar tidak akan terkesan sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lim memberikan contoh daripada 569 sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, hanya 27 sekolah yang mengenakan yuran melebihi RM60,000 setahun akan terlibat dengan cukai ini.
Beliau menekankan langkah ini merupakan pendekatan bersasar kerajaan untuk mengembangkan asas cukai sambil memastikan peluang pendidikan untuk rakyat Malaysia terus terjamin.
Kenyataan ini dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Mah Hang Soon di Instagram parti berkenaan pelaksanaan cukai perkhidmatan dalam sektor pendidikan.
Mah sebelumnya mempersoalkan keputusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan enam peratus ke atas biasiswa, dermasiswa serta pengecualian yuran di institusi pendidikan swasta dan antarabangsa.
Lim menyeru orang ramai agar tidak terperdaya dengan kenyataan tidak benar dan hanya mendapatkan pengesahan melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan atau Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Sebagai Timbalan Menteri Kewangan, saya sentiasa berpegang pada prinsip ‘rakyat didahulukan’ dan memastikan setiap dasar yang dilaksanakan meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan,” katanya. – Bernama