the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 21, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan perlu selia operasi, aset dan perjawatan agensi penguatkuasaan di sempadan

TUMPAT: Kerajaan perlu memberi perhatian mengenai penyeliaan operasi, aset dan perjawatan berkaitan pengurusan agensi penguatkuasaan di sempadan perairan Malaysia-Thailand, di Kelantan.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata perkara tersebut, perlu ditambah baik supaya dapat meningkatkan kualiti kecekapan di kawasan pintu masuk utama negara ini.

“Sebagai contoh dari segi aset amatlah kurang, kerana terdapat aset yang telah berusia dan ia perlu ditambah baik dari semasa ke semasa, serta memerlukan peruntukan besar.

“Dalam hal ini, kerajaan mungkin boleh memberi keutamaan kepada penambahan aset, kerana perkara itu dibangkitkan oleh pihak berkuasa yang bertugas di sempadan negara,” katanya selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.

Selain itu, Ismail berkata prosedur kerja juga perlu ditambah baik, dalam usaha mengekang gejala rasuah dalam kalangan pihak berkuasa di sempadan perairan negara.

Beliau berkata EAIC akan lebih giat menjalankan pengauditan dan pemeriksaan ke atas tatacara kerja dan prosedur operasi standard agensi.

Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat bersama agensi penguatkuasaan yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, bagi membincangkan isu persempadanan yang dihadapi agensi penguatkuasaan serta permasalahan anggota penguat kuasa dalam menjalankan tugas kawalan di pintu masuk negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Prudential launches indexed universal life plan to meet demand for flexible legacy planning solutions

Prudential Singapore has introduced PRUApex Legacy Index II, an indexed universal life plan offering affluent customers diversified investment options, flexible legacy planning features and customisable wealth transfer solutions to support long-term financial and estate planning goals.

Matrix Robotics showcases MATRIX-3 at WAIC 2026, announces WAVE Physical World Foundation Model upgrade...

Matrix Robotics introduced its MATRIX-3 humanoid robot and upgraded WAVE Physical World Foundation Model at WAIC 2026, while launching a global partner program to accelerate commercial deployment, ecosystem collaboration and international expansion of its Physical AI technology.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings