the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
29.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes buli UPNM: Zambry syor ekosistem pendidikan dilihat semula

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesyorkan supaya ekosistem pendidikan dilihat semula, bagi mendapatkan pendekatan menangani kes buli yang dikaitkan dengan penuntut Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Beliau berkata kes penuntut dipercayai dipijak penuntut senior hingga cedera parah di rusuk dan belakang badan, melibatkan pengambilan di bawah ALK.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Pertahanan selaku menteri bertanggungjawab dalam hal ALK ini, dan apakah langkah-langkah yang boleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama memastikan supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

“Kita perlu tegas dan tindakan-tindakan perlu diambil termasuk tindakan perundangan terhadap pelaku,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran buku Tun Abdul Razak Imagining Malaysia’s Future Through His Lenses, di sini hari ini.

Beliau berkata pihak KPT mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan kerjasama untuk memastikan keselamatan penuntut termasuk mereka yang berada dalam kawalan ALK.

“Saya tidak boleh mengambil pendekatan lepas tangan sahaja, sebab mereka sebahagian daripada pelajar tetapi sistemnya agak berlainan,” katanya.

Zambry memaklumkan beliau telah mengarahkan kesemua naib canselor di peringkat universiti supaya memastikan perbuatan buli dipantau dengan rapat dan mengambil tindakan segera terhadap pelaku sekiranya terdapat kejadian itu.

“Saya hendak menekankan bahawa kerajaan dan KPT khususnya tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan sebarang perbuatan buli di mana-mana institusi pengajian tinggi dan inilah dasar yang kita tetapkan.

“Saya telah mengarahkan (tindakan) (terhadap apa) yang berlaku di ALK, meskipun ia bukan terletak di bawah pengawasan UPNM namun kita tidak mahu mengambil pendekatan mengatakan ini bukan dalam bidang kuasa kita, tetapi paling mustahak ialah kita perlu bertegas dalam soal seperti perbuatan buli,” katanya.

Ditanya berhubung Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilaporkan mengemukakan usul tergempar ke Parlimen semalam, untuk mencari penyelesaian tuntas terhadap isu buli yang membimbangkan di negara ini, Zambry berkata beliau menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Ahad lepas, polis mengesahkan sedang menyiasat kejadian yang membabitkan seorang penuntut UPNM berusia 19 tahun, yang disyaki dipijak sehingga cedera parah di rusuk dan belakang badan oleh seorang penuntut senior tahun tiga universiti berkenaan.

Bulan lepas, satu insiden lain pula melibatkan kes buli di universiti yang sama, dengan seorang pegawai kadet ALK UPNM telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan penuntut junior menggunakan seterika wap panas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

800,000 More Daily Journeys: Copenhagen’s Next Mobility Challenge

COPENHAGEN, DENMARK - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - There is something remarkable about Copenhagen.Stand in the city centre during rush hour and you will still hear bicycle bells, conversations spilling out from cafés and children walking to school.

Centriq PR Champions Purposeful Communication Through Social Impact Initiative

SELANGOR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 28 July 2026 - Centriq PR, independent Malaysian public relations consultancy, marked another milestone in its commitment to purposeful communication as Season 4 of its social impact initiative, We.R.Wira, culminated in the Golden Wira Awards Ceremony at Tan Yew Sing Auditorium, INTI International College Subang.

Most Viewed

spot_img