the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes gagal isytihar harta: Daim sekali lagi mohon dapatkan laporan SPRM

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sekali lagi memfailkan permohonan bagi mendapatkan dokumen berhubung pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah terhadapinya.

Daim, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan Raj & Sach pada Julai lepas bagi mendapatkan sesalinan laporan iaitu aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang membawa kepada pertuduhan yang dihadapinya.

Menerusi afidavit sokongan yang diperoleh media, Daim, 86, memaklumkan telah memfailkan permohonan sama pada 31 Jan lepas dan peguam beliau turut menulis surat kepada responden (pendakwa raya) berhubung perkara itu namun pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas dan mendakwa sehingga kini, responden enggan membekalkan dokumen berkenaan.

Menurut Daim, dokumen itu mesti didedahkan kepadanya mengikut Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009 atau Seskyen 51 atau Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kerana ia relevan untuk memastikan beliau mendapat perbicaraan yang adil.

Pada prosiding hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon supaya tarikh pendengaran berhubung permohonan itu ditetapkan pada 27 Ogos ini.

“Pihak pendakwaan telah menerima notis permohonan ini pada 6 Ogos lepas dan pihak kami akan membantah permohonan tersebut.

“Saya juga memohon supaya Tun Daim hadir untuk prosiding pendengaran nanti,“ katanya yang turut memaklumkan pendakwaan akan memfailkan afidavit dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, peguam M. Puravelan yang mewakili Daim memohon supaya kehadiran anak guamnya dikecualikan pada prosiding akan datang.

Azura menetapkan 27 Ogos untuk pendengaran dan membenarkan permohonan peguam bagi mengecualikan kehadiran tertuduh pada prosiding itu.

Pada 29 Jan lepas, Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings