the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes GISBH – SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata PDRM akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan SPRM.

“Yang ini (siasatan) kita serahkan pada polis kerana saya tak nampak isu rasuah di sini. Pihak polis akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan SPRM,“ katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada SPRM akan turut menjalankan siasatan membabitkan pengubahan wang haram terhadap GISBH.

Pada 11 Sept lepas, PDRM melancarkan Op Global dengan menyelamatkan 402 kanak-kanak dari 20 rumah perlindungan yang mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ia bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak dan agama.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings