the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes Rogol: Ahli Majlis Daerah Kuala Krai mengaku tidak bersalah

KOTA BHARU: Seorang Ahli Majlis Daerah Kuala Krai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang pekerja wanitanya yang berumur 29 tahun.

Muhammad Jaya Murugan Abdullah, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan dia didakwa merogol wanita itu di sebuah premis dobi, di Krai Central Park, sekitar 2 petang pada 29 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikenakan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, ketua komuniti kaum masyarakat India setempat, serta aktif dalam perniagaan dan kegiatan kemasyarakatan.

“Tertuduh mempunyai 12 anak termasuk dua anak tiri, dan masih menanggung 10 anak yang masih bersekolah. Penjamin yang dicadangkan ialah adik kandungnya yang bekerja sebagai pengurus ladang. Anak guam kami juga bersedia melaporkan diri di balai polis,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli membantah permohonan itu atas alasan keseriusan kes berkenaan dan mencadangkan jaminan RM30,000 dikenakan berserta syarat tambahan.

Hakim kemudiannya membenarkan dia diikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin tempatan dan menetapkan beberapa syarat tambahan, dia perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis setiap dua bulan dan dilarang mengganggu wanita berkenaan dalam apa jua bentuk.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 15 Julai.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings