KOTA KINABALU: Kestabilan politik perlu diselaraskan dengan tadbir urus yang baik sebagai satu usaha bagi menyelesaikan semua isu berkaitan rakyat sekali gus memacu ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tadbir urus yang baik bukan sahaja membolehkan dasar yang jelas digubal, malah ia juga dapat mencegah sebarang penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Kita bernasib baik, selepas beberapa tahun pergolakan dalam arena politik, dalam dua tahun lepas kita telah memperoleh kestabilan politik, tetapi kestabilan politik bukanlah jawapan segalanya. Jawapannya ialah untuk mempunyai tadbir urus yang baik oleh pemimpin yang bertanggungjawab.

“Singkirkan negara ini daripada rasuah dan salah guna kuasa. Dengan kestabilan politik itu, kita telah merangka dasar yang memberi manfaat kepada semua orang,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

-- LAGI