KOTA BHARU: Sebuah kilang kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini terbakar petang tadi.
Komander Operasi Kanan Bomba dan Penyelamat Kelantan Zukeri Shafie berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.02 petang, bagaimanapun kebakaran terbabit tidak melibatkan mangsa.
“Sebaik sampai di lokasi, kami mendapati kebakaran itu menyebabkan 80 peratus kilang terbabit terbakar dan kerja operasi pemadaman diteruskan,“ katanya.
Beliau berkata sebanyak 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Pasir Tumboh terlibat dalam operasi pemadaman.