the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kontrak ditarik balik jika projek gagal dimulakan dalam tempoh sebulan

MUKAH: Kontrak pelaksanaan projek kerajaan Sarawak yang berjaya dibida kontraktor akan ditarik balik sekiranya mereka gagal memulakan kerja dalam tempoh sebulan selepas dianugerahkan projek.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini solusi terbaik bagi menangani masalah kontraktor yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan sehingga memberi kesan negatif kepada rakyat di Sarawak.

“Kerajaan telah memutuskan apabila projek itu dianugerahkan kepada kontraktor yang berjaya mereka mesti memulakannya serta-merta dan kalau tidak dapat melaksanakan dalam masa sebulan, kita tarik balik,“ katanya.

Beliau ditanya mengenai perkara berkenaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri (SDCCM) BIL 2/2024 di sini hari ini.

Abang Johari berkata masalah projek sakit timbul apabila kontraktor tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk melaksanakan projek dan sering kali didapati membida pada harga amat rendah semata-mata untuk memenangi tender projek.

Tiga kontrak yang ditarik balik ialah kontrak pemasangan lampu isyarat Jalan Samarahan dan pembinaan Jambatan Marudi serta Jambatan Rambungan.

Abang Johari berkata kerajaan akan turut memantau pihak kontraktor yang menggunakan beberapa nama syarikat berbeza demi memenangi bidaan tender projek.

“Ada tauke yang menggunakan banyak syarikat tetapi mendapat banyak projek. Mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melaksanakan projek itu. Jadi kita pun pantaulah perkara ini,“ katanya.

Kerajaan mesti bertindak tegas bagi mengelakkan rakyat menerima kesan buruk daripada kegagalan pelaksanaan projek oleh kontraktor.

Beliau telah memaklumkan kepada timbalannya yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Embas polisi itu sudah mula menunjukkan kesan positif.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings