the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KPM jamin siasatan telus kes kematian pelajar Tingkatan Satu

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus dan adil. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menekankan pentingnya memberikan ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelesaikan siasatan dengan terperinci.

Fadhlina berkata, “Kita sekarang menyerahkan sepenuhnya kepada PDRM untuk menjalankan siasatan itu dan kita memberikan sepenuh komitmen kita untuk memastikan bahawa siasatan berlangsung dengan adil.” Beliau turut menyatakan bahawa KPM akan mengambil tindakan susulan berdasarkan undang-undang sedia ada selepas siasatan selesai.

Beliau menegaskan, “Kita tidak pernah pandang ringan mana-mana kes, apapun yang melibatkan kebajikan dan kesejahteraan warga KPM. Apabila kita berhadapan dengan kes ini, saya minta laluan untuk diberikan siasatan yang telus dan terbuka.”

Sementara itu, beberapa intervensi krisis seperti sokongan psikologi dan emosi sedang dilaksanakan untuk membantu warga sekolah dan keluarga mangsa. Fadhlina berkata, “Ini peranan yang melibatkan kesejahteraan sekolah juga. Jadi kita mendapat pertolongan penuh daripada rakan kita Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan tumpuan untuk psiko emosi keluarga dan juga warga sekolah.”

Zara Qairina, 13, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada awal pagi 17 Julai lepas di Papar, Sabah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories