the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid

KUALA LUMPUR: Peranan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluas bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru khususnya dari aspek latihan dan pengajaran di dalam kelas.

Fadhlina berkata bagi memacu pengukuhan bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mempertimbangkan beberapa penambahbaikan segera termasuk penstrukturan semula pusat tanggungjawab yang berkenaan bagi memastikan keberkesanan dan impak inisiatif yang sedang berjalan.

“KPM mengambil perhatian saranan tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan inisiatif pengukuhan bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah.

“Ia selaras dengan agenda Reformasi Pendidikan KPM yang turut memberi tumpuan kepada aspek memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris sebagai satu daripada hala tuju utama pendidikan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) memberi penekanan khusus kepada keperluan untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik sebagai bahasa ilmu dan komunikasi antarabangsa.

Beliau berkata fokus KPM bagi memperkasakan bahasa Inggeris tertumpu kepada empat inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Ia merangkumi Highly Immersive Programme (HIP), Dual Language Programme (DLP), Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah Dalam Talian, dan Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT).

“Penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang optimum dalam pelantar DELIMA (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) juga kini menjadi peneraju utama dalam peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

“KPM menzahirkan penghargaan atas keprihatian Perdana Menteri terhadap isu-isu yang terkait dengan pendidikan dan akan terus berusaha keras untuk mereformasikan pendidikan negara demi meningkatkan kualiti pendidikan negara,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings