the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat ikan

ALOR SETAR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Jalan Paya Kubang Lembu, Kampung Tok Kesop, Jitra, petang Ahad (Dis 1).

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.29 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 35 minit kemudian.

“Bomba menerima panggilan melalui talian MERS 999 yang memaklumkan seorang lelaki berusia 40-an dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di sungai berkenaan.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra serta Pasukan Gerak Cepat (PGC) terdiri daripada 15 orang telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings