KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing yang disyaki mencederakan bekas teman wanitanya dengan menggunakan pisau di sebuah universiti swasta di Subang Jaya direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata suspek berusia 21 tahun itu tidak berpuas hati dengan mangsa.
“Siasatan awal mendapati kejadian ini berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa,“ katanya dalam kenyataan.
Mangsa, juga warga asing berusia 20 tahun, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Suspek ditahan selepas polis menerima laporan kejadian pada pukul 6.30 petang semalam. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Bernama