• 2025-10-20 10:34 AM

SEREMBAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 13 Jalan Bahau–Rompin, Jempol semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar menyatakan kejadian berlaku pada pukul 11.40 malam.

Mangsa berusia 32 tahun itu maut akibat kecederaan parah di kepala.

Siasatan mendapati Proton Persona dipandu lelaki 39 tahun dari arah Bahau ke Rompin dipercayai hilang kawalan.

Kereta tersebut kemudian masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan Honda City.

Proton Persona kemudian bertembung dengan Perodua Viva yang dipandu mangsa sehingga menyebabkan Proton Persona terbakar.

Pemandu Proton Persona mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Honda City tidak cedera.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746. – Bernama