the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Liga Super – Polis mengesan suspek terlibat kekecohan

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, pada hari Isnin (Mei 27).

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata pihaknya telah mengesan dua video tular di media sosial pada 10.15 pagi Isnin, mengenai kejadian tersebut yang menyebabkan pintu pagar besi masuk ke tempat duduk penyokong, dirosakkan.

Beliau berkata satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, telah dibuka dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya ditalian 03-79662222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings