KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghubungi kerajaan China bagi membincangkan sama ada ia boleh melanjutkan tempoh perjanjian pinjaman panda gergasi yang akan tamat pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau optimis kerajaan China akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan itu memandangkan kedua-dua negara telah menjalin hubungan diplomatik yang kukuh selama ini.
“Panda gergasi itu akan dikembalikan. Saya rasa saya akan bincang dengan kerajaan China, Presiden Xi Jinping, untuk melihat beberapa mekanisme sama ada kita boleh melanjutkan tempoh panda itu tinggal di Malaysia.
“Berdasarkan hubungan baik kita, saya agak optimis mereka akan memberi pertimbangan dan sokongan sewajarnya kepada cadangan kita,“ katanya ketika berucap merasmikan sambutan Ulang Tahun Zoo Negara ke-60 di Dataran Dato’ Ismail Hudson di sini.
Turut hadir Timbalan Menteri Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii, Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Timbalan Presiden Zoo Negara Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana.
lagi..