the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara, menandakan keyakinan tinggi terhadap pengurusan Tabung Haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau yakin keputusan itu dibuat selepas pertimbangan teliti oleh kerajaan Arab Saudi.

“Alhamdulillah saya mengucapkan syukur sebab Malaysia tak termasuk (dalam senarai itu). Ini menunjukkan kepercayaan kerajaan Arab Saudi khususnya Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

“Kita akan sentiasa mengingatkan jemaah haji kita termasuklah jemaah haji pada 1446H ini untuk terus mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sebab ia bukan hanya melibatkan nama baik jemaah haji malah nama baik Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan sumbangan 25 tan kurma oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia di Atase Agama Kedutaan Besar Diraja Arab Saudi di Jalan U-Thant, di sini Rabu.

Pada Rabu, media antarabangsa melaporkan kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan perubahan dasar visa yang berkuat kuasa mulai 1 Feb lalu, menyaksikan penggantungan visa MEV selama setahun kepada 14 negara termasuk Indonesia, Pakistan, India dan Mesir.

Dasar baharu itu mengehadkan warganegara yang terlibat kepada hanya visa kemasukan tunggal untuk tujuan pelancongan, perniagaan dan lawatan keluarga, dengan tempoh sah selama 30 hari dengan penginapan maksimum selama 30 hari.

Namun, sekatan ini tidak melibatkan visa haji dan umrah, visa diplomatik, serta pemegang permit pemastautin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology secures transformational US$2.5 billion five-year AI GPUaaS compute contract

Gorilla Technology Group (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that it has signed a five-year AI compute infrastructure contract with a high investment-grade global technology customer for deployment at the NeutraDC Batam data centre in Indonesia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings