the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia perbaharui pelan tindakan pendidikan tinggi ASEAN – KPT

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur Declaration on Higher Education 2015 bakal diperbaharui menerusi Putrajaya Declaration on Higher Education 2025 yang dijangka menjadi rujukan utama bagi hala tuju pendidikan tinggi di peringkat ASEAN.

Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datin Noorazah Omar berkata ia selaras dengan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini, yang bakal menyaksikan pelbagai inisiatif pendidikan tinggi diperkenalkan bagi meningkatkan daya saing institusi akademik di rantau berkenaan.

Beliau berkata jawatankuasa penggubalan terdiri daripada pakar akademik dan profesional bidang pendidikan tinggi telah ditubuhkan bagi meneliti semula dokumen asal dari 2015 dan mengemaskini serta merangka dokumen baharu yang lebih relevan dengan cabaran dan keperluan pendidikan tinggi semasa di ASEAN.

“Dengan perubahan landskap pendidikan global, KPT telah menyatakan hasrat kepada pihak ASEAN untuk memperbaharui dokumen ini dengan memasukkan elemen baharu seperti kemajuan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kesihatan planet, selaras dengan perkembangan semasa,” katanya.

“Putrajaya Declaration on Higher Education akan dibentang dan diperincikan dalam Ministry of Higher Education Roundtable pada Jun ini di Langkawi, seterusnya akan dibawa ke Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober di Kuala Lumpur untuk dibincangkan bersama pemimpin negara anggota dan (seterusnya) dilancarkan,” katanya.

Noorazah berkata demikian ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia bagi segmen khas Cerita ASEAN terbitan Bernama TV, hari ini.

Beliau berkata bagi memastikan dokumen itu tidak sekadar menjadi rujukan teori, tetapi dapat diaplikasikan dalam pelaksanaan yang menyeluruh, KPT merancang fasa-fasa penting sebelum ia diterima pakai secara rasmi.

Dalam perkembangan sama, Noorazah berkata Malaysia menyasarkan tujuh program utama sepanjang kepengerusian ASEAN 2025 untuk mengukuhkan kedudukan negara dalam bidang pendidikan tinggi dan memastikan dasar yang dirangka dapat diterjemahkan ke dalam pelaksanaan yang berkesan.

“Malaysia berharap dengan pelaksanaan program-program itu serta pelan baharu ini, sistem pendidikan tinggi di ASEAN akan menjadi lebih dinamik, berdaya saing dan mampu memenuhi tuntutan global yang semakin mencabar.

Beliau juga menegaskan bahawa dengan penghasilan Putrajaya Declaration on Higher Education, Malaysia bukan sahaja dapat terus menonjol dalam pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, malah berpotensi untuk menjadi hab pendidikan tinggi serantau dan global.

Pada 2015, ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, Kuala Lumpur Declaration on Higher Education telah diperkenalkan, yang menggariskan hala tuju bidang pendidikan tinggi di rantau tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings