the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
34.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia tidak minat sebelahi barat dalam soal hubungan dengan Rusia – PM Anwar

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

VLADIVOSTOK: Malaysia tidak berminat untuk menyebelahi Barat yang menentang Rusia kerana negara itu mengekalkan hubungan baik dengan semua pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik pada Jumaat.

Mengulas faktor Malaysia memilih untuk tidak berpihak, Anwar berkata Malaysia tidak mahu merumitkan lagi isu.

“Maksud saya, niat kami, pendirian kami sudah tentu untuk mencari satu penyelesaian, tidak berpihak kepada Barat menentang Rusia. Apa faedahnya kepada kami? Seperti Amerika Syarikat dengan China, kami mengekalkan hubungan baik dengan kedua-duanya. Kenapa tekan kami supaya berpihak? Jadi mereka mencipta potensi masalah ini kerana ia merupakan satu sistem berlainan,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur.

Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia, sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Police warn cosplayers on military costumes and replica weapons

'If the costume is accompanied by imitation weapon props, such as rifles, replica pistols or airsoft guns without a valid licence, the individual may be investigated under Section 36 of the Arms Act 1960 (Act 206).'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings