IPOH: Mayat dipercayai bayi ditemukan tertanam dalam lantai simen halaman sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, di sini tengah hari tadi.

Mayat yang belum diketahui jantina dan anggaran usia itu dipercayai ditemukan oleh individu yang mahu membuat pengubahsuaian rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Belum dapat fakta lengkap, setakat ini hanya maklumat awal dan maklumat lanjut akan dikongsi,“ katanya.