• 2025-06-28 01:23 PM

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dewasa yang belum dikenal pasti ditemui terapung di tasik Taman Tasik Danau Kota pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.16 pagi sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak ke lokasi.

Komander Operasi Zulkefli Abdul Malik berkata, tujuh anggota bomba bersama jentera Fire Rescue Tender tiba di lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Pasukan mendapati mayat lelaki dewasa terapung di tengah tasik.

Anggota menggunakan tali dan pengusung untuk membawa mayat ke tebing,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat tersebut berjaya dikeluarkan kira-kira 40 minit kemudian pada pukul 8.56 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.