TEHRAN: Iran mengisytiharkan hari berkabung negara pada Sabtu sempena upacara pengebumian beberapa pegawai tertinggi tentera yang terbunuh akibat serangan Israel dalam konflik baru-baru ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penyiar negara IRIB yang memetik pejabat gabenor bandar melaporkan bahawa pihak berkuasa Tehran akan ditutup pada hari berkenaan bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan dan menghadiri upacara berkenaan.
Israel telah menyasarkan dan membunuh lebih 20 pegawai tertinggi tentera semasa perang 12 hari, termasuk ada yang dibunuh di kediaman mereka.
Antara yang paling terkenal dalam kalangan mereka yang terkorban akan dikebumikan di Tehran pada Sabtu, iaitu Ketua Turus Mohammed Bagheri, Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Hussein Salami dan Ketua Bahagian Aeroangkasa IRGC Jeneral Amir-Ali Hajidzadeh.
Pegawai tentera kanan lain akan dikebumikan dalam majlis yang dianjurkan pihak berkuasa di bandar asal masing-masing termasuk di Qom, Hamedan dan Mashhad.
Perarakan pengebumian dijadual bermula pada pukul 8 pagi waktu tempatan (0430 GMT) di Dataran Revolusi, menurut laporan itu.