the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC laksana hasrat PM perkukuh keselamatan data negara

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan melaksanakan segera hasrat Perdana Menteri bagi memperkukuh keselamatan data negara melalui pelaksanaan dasar Sovereign AI Cloud atau pengkomputeran awan kecerdasan buatan berdaulat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu akan dilaksanakan dengan panduan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Digital dan Jabatan Digital bagi memastikan kawalan dan pengurusan data strategik negara lebih terjamin.

Beliau menyatakan ia mengambil kira perubahan dasar di beberapa negara seperti Amerika Syarikat sambil menjamin ekosistem keselamatan data yang lebih kukuh termasuk maklumat terperingkat berdasarkan Akta Rahsia Rasmi.

Fahmi berkata Sovereign AI Cloud akan menjadi satu tonggak utama dalam melindungi data kerajaan dan maklumat sensitif daripada ancaman siber serta memastikan tadbir urus digital negara kekal berdaulat.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2026 pada Jumaat lepas mengumumkan bahawa Sovereign AI Cloud akan dibina oleh MCMC dengan pelaburan RM2 bilion.

Berhubung permintaan Kementerian Pendidikan supaya MCMC menurunkan video berkaitan kes rogol pelajar yang tular menerusi media sosial baru-baru ini, Fahmi berkata MCMC akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara terbabit.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam perkongsian kandungan di platform digital mengenai perkara itu.

Fahmi menegaskan sekiranya sesuatu kandungan melanggar undang-undang seperti Akta Kanak-Kanak, Akta Komunikasi dan Multimedia atau Kanun Keseksaan, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkannya.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tindakan itu diambil bagi memastikan video berkenaan tidak terus disebarkan kerana membabitkan aib pelajar terbabit yang disyaki berlaku di sebuah sekolah di Melaka pada 2 Oktober lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings