the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mekanik tikam tunang bekas isteri didakwa esok

GEORGE TOWN: Seorang mekanik yang ditahan 10 Jun lepas kerana menikam tunang bekas isterinya di Taman Jade, Bukit Gambir di sini akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata suspek berusia 33 tahun itu akan dibawa ke mahkamah di sini untuk pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang juga pemandu bas berusia 43 tahun cedera di bahagian dada, leher dan belakang selepas ditikam menggunakan pisau lipat oleh suspek ketika hendak menyelamatkan tunangnya daripada dicederakan lelaki itu.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan ke rumah mangsa untuk mengambil anaknya yang tinggal bersama bekas isterinya, bagaimanapun berlaku pertengkaran antara suspek dengan wanita itu apabila dia enggan mengikut suspek.

Suspek kemudiannya cuba menikam bekas isterinya itu dan dihalang mangsa yang menyebabkan tikaman itu terkena pada beberapa bahagian badannya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LPT3 implementation, vape issue among focus of Dewan Rakyat today

The proposed implementation of the LPT3 through a public-private partnership (PPP) model and measures to curb syndicates distributing harmful vape products targeting youths and school students are among the focus of the Dewan Rakyat sitting today.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings