the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Minggu KPDN di Ekspo Osaka teroka peluang pasaran antarabangsa

PUTRAJAYA: Pengisian Minggu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Ekspo 2025 Osaka, Jepun memberi tumpuan kepada penerokaan peluang perluasan pasaran di peringkat antarabangsa.

Selain memperkukuh jaringan strategik, penyertaan KPDN di ekspo itu merupakan manifestasi penting kepada pendekatan konsep keseluruhan negara (whole of nation) dalam membantu KPDN melaksanakan mandatnya secara lebih berkesan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Antara pengisian utama sepanjang minggu KPDN di Ekspo 2025 Osaka ialah mengangkat Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (REDI) yang telah dipilih oleh Japan Association for the 2025 Exposition selaku penganjur utama, bagi menyemarakkan tema mingguan yang ditetapkan iaitu ‘Masa Depan Komuniti dan Mobiliti’.

“Inisiatif ini diketengahkan melalui sesi perkongsian oleh ahli panel menerusi topik bertajuk ‘Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan: Memacu Penggunaan Tanpa Tunai dan Teknologi di Luar Bandar Malaysia’,“ menurut KPDN dalam kenyataan hari ini.

Sesi itu juga memperlihatkan kejayaan kerjasama strategik kerajaan dengan pihak industri iaitu penyedia e-dompet Malaysia seperti TNG Digital Sdn. Bhd. dan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) serta wakil usahawan peruncitan dalam memberikan pendedahan kepada peniaga luar bandar berhubung manfaat pengoperasian perniagaan secara digital.

Selain inisiatif REDI dan penglibatan rakan strategik penyedia e-dompet, pendekatan interaktif di reruai KPDN turut menyaksikan kehadiran pemain industri jualan langsung di bawah Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) dan Malaysia Direct Distribution Association (MDDA).

“KPDN sebagai pihak yang mengawal selia industri ini menyediakan platform Minggu KPDN untuk membantu mempromosi produk jualan langsung Malaysia serta menghubungkan mereka dengan rakan strategik di Jepun ke arah akses pasaran dan jaringan kerjasama,“ kata KPDN.

Selain itu, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang merupakan agensi di bawah KPDN turut mengambil bahagian meningkatkan keterlihatan usaha kerajaan dalam perlindungan dan pendaftaran harta intelek.

Ia termasuk perkongsian inovasi lakaran motif batik menggunakan tanah liat mesra alam yang dipatenkan oleh MyIPO serta perlindungan dan pendaftaran Petunjuk Geografi seperti Kebaya Nyonya Melaka, Tembaga Terengganu dan Wau Kapal Selangor.

Menurut KPDN, pameran itu bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung antarabangsa mengenali produk buatan tempatan tetapi juga langkah penting dalam memartabatkan harta intelek sebagai pemangkin pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan yang boleh menjadi daya tarikan pelabur.

Ekspo Osaka itu berlangsung selama enam bulan iaitu dari 13 April hingga 13 Oktober ini manakala minggu KPDN diadakan dari 25 Mei hingga esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings