the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas terowong Menora: Polis akan rakam keterangan suami mangsa

IPOH: Polis akan merakam keterangan suami mangsa kemalangan maut di Kilometer (KM) 264 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora di sini pada Ahad lepas, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata lelaki berusia 29 tahun itu, telah dibenarkan keluar dari hospital dan keterangannya akan diambil bagi membantu siasatan.

“Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kita akan menghubungi lelaki itu bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kemalangan di KM264 arah selatan itu menyebabkan seorang wanita Nur Fatihah Badrul Hisyam, 25, yang hamil lapan bulan dan anaknya berusia dua tahun Naira Falisya Abdul Rahman meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terbabas.

Naira Falisya maut di lokasi kejadian manakala Nur Fatihah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Berdasarkan video nahas yang tular di media sosial, Nur Fatihah juga dilanggar sebuah kenderaan namun pemandu itu didakwa tidak berhenti untuk membantu mangsa, sebaliknya meneruskan perjalanan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber Crimes Bill should target insider negligence, says senator

Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam added that protecting Malaysia’s digital ecosystem should not stop at defending against external cyberattacks but must also address vulnerabilities arising from within public institutions

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings